Friday, February 6, 2009

Balik kampung

Pada tahun lepas saya berpeluang balik ke kampung menaiki keretapi. Inilah kali pertama saya pulang ke kampung menaiki keretapi. Saya pulang bersama dengan adik dan ibu saya. Ayah saya tidak dapat menyertai kami kerana kesibukannya di pejabat.

Saya sungguh seronok dengan pengalaman pertama itu sehingga saya tidak dapat tidur. Saya juga telah berulang-alik ke koc makanan sebanyak 2 kali.

Dari Sungai Buloh kami menaiki keretapi pada pukul 9.30 malam dan sampai di Parit Buntar pada pukul 4.30 pagi. TokWan saya telah sedia menunggu kami di stesen keretapi ketika kami sampai di sana.


Berikut adalah gambar sepanjang perjalanan menaiki keretapi dari Sungai Buloh ke Parit Buntar.

Saya berada di katil atas.


Di koc makanan.



Bermain 'telefon' dengan adik saya, Aleeya.


Membaca buku Clikits

No comments:

Post a Comment